Selama ini kita guna ubat gigi hanyalah bertujuan untuk mengeluarkan kotoron dan menghindarkan bauan dari bahagian gigi dengan bantuan berus gigi sahaja. Tetapi tahukah anda, terdapat kelebihan-kelebihan lain yang mungkin anda tidak ketahui dari ubat gigi sebenarnya.
Berikut adalah kelebihan-kelebihan ubat gigi tersebut:
1. Membersihkan kotoran seperti kesan kopi, gincu, marker, darah dan tumpahan air manis pada pakaian anda.
2. Menghilangkan calar di permukaan CD atau DVD.
3. Membuang kesan krayon, marker atau kesan air pada perabot kayu.
4. Membuang gula-gula getah dari rambut atau pakaian.
5. Memutihkan semula bahagian getah di tepi kasut yang telah sekian lama menjadi 'rumah' kekotoran hitam.
6. Berguna untuk menghilangkan kotoran dan kabut pada permukaan 'shield' lampu kereta.
7. Membersih dan mengilatkan balik permukaan barangan berasaskan perak.
8. Mengembalikan kecantikan semula barangan kemas seperti cincin dan rantai.
9. Membersih dan mengilatkan juga permukaan seterika.
10. Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada jari dan telapak tangan.
11. Membersihkan kekotoran pada kuku jari tangan dan kaki.
12. Menghilangkan balik kesan kekuningan di kekunci papan piano.
13. Boleh dgunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
14. Meredakan sakit gigitan serangga dan seterusnya anda akan merasa nyaman dan tidak gatal.
15. Terakhir sekali, anda tidak akan merungut lagi jika adanya kesan calar pada skrin telefon bimbit. Hanya gunakan sahaja ubat gigi sudah memadai mengembalikan balik mood ceria anda.