02 November 2015

10 Haiwan Pelik Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat


Tahukah anda, dalam banyak haiwan di dunia ini, ada juga haiwan yang tidak terpernah fikir pun benar  atau imaginasi haiwan yang bukan-bukan sememangnya wujud!. Ya, ia sememangya ada dan realiti di muka bumi ini.  

Berikut adalah senarai 10 haiwan pelik yang mungkin anda tidak pernah lihat dan ketahuinya:


1. Blobfish



Blobfish merupakan sejenis ikan laut yang terdapat di pantai Australia dan Tasmania.  Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terhodoh sekali di dunia kerana memiliki bentuk yang amat aneh dan menjijikkan.  

Habitatnya ialah di laut dalam pada kedalaman 800 meter yang mana pada paras sedemikian amat sukar didiami oleh kebanyakkan spesies ikan.  Hal ini kerana pada paras kedalaman tersebut tekanannya adalah tinggi, iaitu bersamaan 8 kali tahap tekanan air laut pada paras kediaman ikan biasa.  Disebabkan kehidupan blobfish  pada tahap tersebut yang telah menyebabkan bentuk badannya kelihatan hodoh.


2. Axolotl (Mexican Walking Fish)



Axolotl (Ambystoma Mexicanum) merupakan haiwan daripada spesies salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai 'Mexican Walking Fish' walaupun bukan daripada spesies ikan.  Salamander adalah amfibia dan bukannya jenis reptilia seperti cicak dan buaya seperti anggapan ramai.


3. Leafy Sea Dragon



Leafy Sea Dragon (Phycodurus eques) diberi nama berdasarkan kisah mitos China.  Ianya mirip sejenis rumpai laut yang berada pada dasar laut, bewarna hijau, oren dan emas menjadikannya mudah bersembunyi.  Hanya kelihatan siripnya yang kecil dan sepasang mata yang bergerak dapat membezakan ianya sejenis haiwan laut dan bukannya rumpai laut.  Seperti juga kuda laut, naga laut jantan membawa telur sebanyak 150-200 biji pada satu-satu masa untuk disenyawakan/dimasukkan ke dalam naga laut betina.


4. Wood-Eating Cat Fish



Ikan keli pemakan kayu.  Begitulah namanya dan merupakan satu-satunya spesies ikan keli yang terdapat di Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan.  Ikan ini memakan kayu-kayu reput yang tumbang di kawasan hutan tersebut.  Mempunyai gigi yang cukup tajam dan kuat membolehkan memakan kayu sebagai sumber makanannya.  


5. Anglerfish



Merupakan ikan paling seram dan menakutkan di dunia setakat ini.  Juga dikenali sebagai Monkfish dan Goosefish yang merupakan sejenis ikan dari spesies Lophiiformes, dan bersifat karnivor.  Habitatnya di Lautan Artik, Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi dan Lautan Mediterranean.


6. Cantor (Soft Shelled Turtle)



Cantor (Pelochelys Cantorii) merupakan penyu yang mempunyai cangkerang atau kulit badan yang lembut, tidak seperti kebanyakkan spesies penyu lain yang keras.  Penyu ini biasanya ditemui di darat dan juga di sungai.  Cantor boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan berat mampu mencecah sehinggga 50kg.


7. Happy Faced Spider



Labah-labah muka gembira?. Begitulah nama sejenis lelabah yang terdapat di kepulauan Hawaii.  Terkenal kerana mukanya yang sentiasa senyum dan riang, tetapi ianya bukan terletak pada muka lelabah tersebut, sebaliknya pada bahagian atas abdomennya.  Cuba lihat gambar di bawah.


8. Glass Frog



Katak bersifat lut cahaya atau transparent ini merupakan spesies katak yang hampir pupus di dunia ini.  Anda boleh melihat organ dalaman katak ini dengan jelas hanya melalui badannya sahaja tanpa melibatkan sebarang peralatan canggih.


9. Ayer-ayer



Ayer-ayer (Daubentonia gascaresis) merupakan spesies haiwan primat malam terbesar di dunia dan merupakan haiwan natif Negara Madagascar.  Habitatnya ialah di hutan hujan tropika pada paras kanopi .  Ia boleh ditemui dengan mudah pada ketingggian 700 meter daripada paras tanah.  Namun sekarang, disebabkan berlakunya pembalakan hutan yang tidak terkawal telah menjejaskan habitatnya dan seterusnya menyebabkan haiwan ini makin berkurangan disebabkan aktitiviti manusia.


10. Filipina Tarsier



Haiwan ini membesar setinggi 4-6 inci dan ekornya 2 kali panjang daripada badannya.  Sejak berjuta tahun dahulu spesies ini mudah didapati di hutan hujan tropika seluruh dunia, namun sekarang haiwan ini hanya terdapat di hutan hujan di Filipina sahaja seperti di Pulau Bohol, Leyte, Mindanao dan Samar.  Matanya tidak boleh bergerak bebas dalam soketnya, menyebabkan ia terpaksa memusingkan kepalanya 180 darjah untuk melihat sekitarnya.  Haiwan ini juga dikategorikan sebagai monyet yang paling kecil di dunia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...