14 November 2015

Hasil Seni Unik Origami dari Wang Kertas

Untuk menghasilkan seni yang unik dan kreatif bukan semudah yang disangka.  Anda perlu ada bakat semulajadi, berfikiran kritis dan berusaha mencari sesuatu yang lain dari yang lain.  Dengan itu, anda boleh menghasilkan karya seni yang unik dan mengagumkan daripada pelbagai barang di sekeliling kehidupan kita.  Sebagai contoh  karya seni yang ingin saya tampilkan adalah  bentuk yang paling rare sekali melalui wang kertas.

Berikut adalah beberapa contoh gambar origami dari wang kertas:

1. Kereta

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=Z3Fpuqmw6ZE




2. Gitar

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=MKM6UoMrGWA




3. Cobra

- Link video tutorial:  https://www.youtube.com/watch?v=iPfDMyxjNVc





4. Kamera

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=SYymrPDrMuU


05 November 2015

10 Festival Paling 'Wow!' Dari Serata Penjuru Dunia


Setiap negara pasti mempunyai festival atau acara yang yang dilakukan pada setiap tahun atau 2-10 tahun lamanya.  Selain menonjolkan identiti budaya negara masing-masing, ia juga menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.  Tidak terkecuali Malaysia juga menganjurkan festival-festival yang menarik seperti Festival Citrawarna Malaysia, Festival Layang-layang Sedunia dan sebagainya.  

Mari kita tengok festival-festival di luar 'jendela' negara yang juga memukau pandangan anda:


1. Carnival of Venice (Venesia, Itali)




Merupakan festival topeng yang berlangsung pada setiap tahun di Venesia yang berlangsung dari 15 Februari hingga 4 Mac.  Masyarakat di sana akan mengenakan kostum ala Venesia abad ke-18 dan topeng-topeng unik untuk menutupi wajah.  Dari siang hingga malam, mereka berterusan menari dan mengelilingi kota dalam tradisi karnival ini.  Sekitar 3 juta pelancong akan datang setiap tahun melihat festival yang menawan dan 'misteri' ini.


2. Alburquerque International Baloon Fiesta (Alburquerque, Amerika Syarikat)




Festival belon udara panas terbesar di dunia ini yang penuh warna-warni selalu dilakukan pada awal bulan Oktober.  Festival ini berlangsung selama 9 hari dan melibatkan sekitar 750 belon raksasa.  Bukan sahaja terdapat belon yang biasa bentuk kita lihat iaitu bulat atau bujur, malah terdapat juga belon yang pelbagai bentuk rupanya seperti jam, lebah, bunga matahari dan sebagainya.


3. Songkran Water Festival (Kota Chiangmai, Thailand)



Merupakan festival air yang bermula dari perayaan tahun baru tradisional Thailand.  Penduduk sana merayakannya pada setiap 1 April di Kota Chiangmai.  Pada festival tersebut, setiap orang termasuk juga pelancong akan saling membasahi antara satu sama lain dengan pistol air, gayung, belon air dan sebarang bentuk bekas air.  Tradisi yang telah wujud sejak berabad-abad dahulu ini dipercayai warga Thailand untuk membersihkan fikiran dan jiwa.


4. Yu Yuan Lantern Festival (Shanghai, China)




Tanglung memang menjadi dekorasi utama bagi perayaan tahun baru cina.  Di Yu Yuan Garden, Shanghai, sekitar 1.5 juta pengunjung akan datang melihat 'keindahan' malam tersebut pada setiap tahun dengan pelbagai bentuk dan warna tanglung.


5. La Tomata Festival (Valencia, Sepanyol)


Festival ini diadakan pada setiap hari rabu minggu terakhir bulan Ogos sejak tahun 1945.  Festival ini tercetus pada zaman dahulu disebabkan beberapa pemuda setempat yang menonton perlumbaan lembu di sekitar Kota Pamplona.  Semasa festival tersebut berlangsung terdapat beberapa sayuran dan tomato di sekitarnya.  Tanpa sedar mereka mengambil sayur dan tomato dan seterusnya melemparkannya antara satu sama lain.  Sejak peristiwa itu, muncullah inspirasi untuk wujudnya festival tomato ini.  


6. Festival of San Fermin (Pamplona, Sepanyol)




Festival yang diadakan pada setiap bulan Julai di Kota Pamplona, Sepanyol ini mungkin merupakan festival paling menakutkan di dunia.  Pelbagai aksi dipertontonkan dalam festival ini, dimulai dari pawai, pesta kembang api, dan diakhiri dengan aksi matodor. Antara bahagian paling terkenal dalam festival ini adalah 'encierro' atau 'running of the bull' dimana ratusan peserta akan melarikan diri dari rempuhan lembu ganas di sepanjang jalanan kota.  Festival ini adalah festival paling terkenal di Sepanyol dan menarik lebih dari sejuta pelancong domestik dan luar negara. 


7. Holi/Festival of Colour (India)




Acara ini memang layak disebut festival warna kerana ia dirayakan dengan cara saling melemparkan tepung warna-warni antara satu sama lain.  Uniknya, semasa festival ini berlangsung, kasta tidak lagi diperhitungkan.  Tidak kira mengikut pangkat atau harta dan usia, semua menikmati kemeriahan festival ini. Festival ini dirayakan pada saat bulan penuh iaitu bulan Mac.


8. Winter Light Festival (Pulau Nagashima, Japan)




Apabila kedatangan musim sejuk, Taman Botani Nabana No Sato di Pulau Nagashima di Jepun akan berubah menjadi sebuah pertunjukan cahaya jalanan yang sangat mempesonakan.  Gambar di bawah ini menunjukkan sebanyak 7 juta LED dipasang di sepanjang jalan yang menghiasi kawasan sekitarnya.  Taman ini juga merupakan salah satu pertunjukkan cahaya di musim sejuk yang terhebat di Negara Jepun.  Festival ini berlangsung dari pertengahan bulan November sehingga pertengahan bulan Mac.


9. Agitagueda Art Festival (Agueda, Portugal)



Agitagueda adalah festival seni yang terdiri daripada kraf, cara kebudayaan, pertunjukan dan konsert.  Festival ini dilakukan di Agueda dan berlangsung dari 6 Julai hingga 28 Julai.  Semasa perayaan ini, orang ramai akan menggantungkan payung yang bewarna cerah di jalan-jalan seluruh bandar.


10. Rio Carnival (Rio De Janeiro, Brazil)




Karnival Rio De Janeiro dianggap sebagai karnival terbesar di dunia dengan 2 juta orang meraikan festival ini dengan memenuhi jalan-jalan utama di ibu kota Negara Brazil.  Festival ini dipenuhi dengan perarakan penari samba dengan kostum penuh berwarna-warni dan kenderaan berhias.  Festival ini berlangsung dari bulan Februari hingga Mac.














  

02 November 2015

10 Haiwan Pelik Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat


Tahukah anda, dalam banyak haiwan di dunia ini, ada juga haiwan yang tidak terpernah fikir pun benar  atau imaginasi haiwan yang bukan-bukan sememangnya wujud!. Ya, ia sememangya ada dan realiti di muka bumi ini.  

Berikut adalah senarai 10 haiwan pelik yang mungkin anda tidak pernah lihat dan ketahuinya:


1. Blobfish



Blobfish merupakan sejenis ikan laut yang terdapat di pantai Australia dan Tasmania.  Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terhodoh sekali di dunia kerana memiliki bentuk yang amat aneh dan menjijikkan.  

Habitatnya ialah di laut dalam pada kedalaman 800 meter yang mana pada paras sedemikian amat sukar didiami oleh kebanyakkan spesies ikan.  Hal ini kerana pada paras kedalaman tersebut tekanannya adalah tinggi, iaitu bersamaan 8 kali tahap tekanan air laut pada paras kediaman ikan biasa.  Disebabkan kehidupan blobfish  pada tahap tersebut yang telah menyebabkan bentuk badannya kelihatan hodoh.


2. Axolotl (Mexican Walking Fish)



Axolotl (Ambystoma Mexicanum) merupakan haiwan daripada spesies salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai 'Mexican Walking Fish' walaupun bukan daripada spesies ikan.  Salamander adalah amfibia dan bukannya jenis reptilia seperti cicak dan buaya seperti anggapan ramai.


3. Leafy Sea Dragon



Leafy Sea Dragon (Phycodurus eques) diberi nama berdasarkan kisah mitos China.  Ianya mirip sejenis rumpai laut yang berada pada dasar laut, bewarna hijau, oren dan emas menjadikannya mudah bersembunyi.  Hanya kelihatan siripnya yang kecil dan sepasang mata yang bergerak dapat membezakan ianya sejenis haiwan laut dan bukannya rumpai laut.  Seperti juga kuda laut, naga laut jantan membawa telur sebanyak 150-200 biji pada satu-satu masa untuk disenyawakan/dimasukkan ke dalam naga laut betina.


4. Wood-Eating Cat Fish



Ikan keli pemakan kayu.  Begitulah namanya dan merupakan satu-satunya spesies ikan keli yang terdapat di Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan.  Ikan ini memakan kayu-kayu reput yang tumbang di kawasan hutan tersebut.  Mempunyai gigi yang cukup tajam dan kuat membolehkan memakan kayu sebagai sumber makanannya.  


5. Anglerfish



Merupakan ikan paling seram dan menakutkan di dunia setakat ini.  Juga dikenali sebagai Monkfish dan Goosefish yang merupakan sejenis ikan dari spesies Lophiiformes, dan bersifat karnivor.  Habitatnya di Lautan Artik, Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi dan Lautan Mediterranean.


6. Cantor (Soft Shelled Turtle)



Cantor (Pelochelys Cantorii) merupakan penyu yang mempunyai cangkerang atau kulit badan yang lembut, tidak seperti kebanyakkan spesies penyu lain yang keras.  Penyu ini biasanya ditemui di darat dan juga di sungai.  Cantor boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan berat mampu mencecah sehinggga 50kg.


7. Happy Faced Spider



Labah-labah muka gembira?. Begitulah nama sejenis lelabah yang terdapat di kepulauan Hawaii.  Terkenal kerana mukanya yang sentiasa senyum dan riang, tetapi ianya bukan terletak pada muka lelabah tersebut, sebaliknya pada bahagian atas abdomennya.  Cuba lihat gambar di bawah.


8. Glass Frog



Katak bersifat lut cahaya atau transparent ini merupakan spesies katak yang hampir pupus di dunia ini.  Anda boleh melihat organ dalaman katak ini dengan jelas hanya melalui badannya sahaja tanpa melibatkan sebarang peralatan canggih.


9. Ayer-ayer



Ayer-ayer (Daubentonia gascaresis) merupakan spesies haiwan primat malam terbesar di dunia dan merupakan haiwan natif Negara Madagascar.  Habitatnya ialah di hutan hujan tropika pada paras kanopi .  Ia boleh ditemui dengan mudah pada ketingggian 700 meter daripada paras tanah.  Namun sekarang, disebabkan berlakunya pembalakan hutan yang tidak terkawal telah menjejaskan habitatnya dan seterusnya menyebabkan haiwan ini makin berkurangan disebabkan aktitiviti manusia.


10. Filipina Tarsier



Haiwan ini membesar setinggi 4-6 inci dan ekornya 2 kali panjang daripada badannya.  Sejak berjuta tahun dahulu spesies ini mudah didapati di hutan hujan tropika seluruh dunia, namun sekarang haiwan ini hanya terdapat di hutan hujan di Filipina sahaja seperti di Pulau Bohol, Leyte, Mindanao dan Samar.  Matanya tidak boleh bergerak bebas dalam soketnya, menyebabkan ia terpaksa memusingkan kepalanya 180 darjah untuk melihat sekitarnya.  Haiwan ini juga dikategorikan sebagai monyet yang paling kecil di dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...