14 November 2015

Hasil Seni Unik Origami dari Wang Kertas

Untuk menghasilkan seni yang unik dan kreatif bukan semudah yang disangka.  Anda perlu ada bakat semulajadi, berfikiran kritis dan berusaha mencari sesuatu yang lain dari yang lain.  Dengan itu, anda boleh menghasilkan karya seni yang unik dan mengagumkan daripada pelbagai barang di sekeliling kehidupan kita.  Sebagai contoh  karya seni yang ingin saya tampilkan adalah  bentuk yang paling rare sekali melalui wang kertas.

Berikut adalah beberapa contoh gambar origami dari wang kertas:

1. Kereta

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=Z3Fpuqmw6ZE




2. Gitar

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=MKM6UoMrGWA




3. Cobra

- Link video tutorial:  https://www.youtube.com/watch?v=iPfDMyxjNVc





4. Kamera

- Link video tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=SYymrPDrMuU


05 November 2015

10 Festival Paling 'Wow!' Dari Serata Penjuru Dunia


Setiap negara pasti mempunyai festival atau acara yang yang dilakukan pada setiap tahun atau 2-10 tahun lamanya.  Selain menonjolkan identiti budaya negara masing-masing, ia juga menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.  Tidak terkecuali Malaysia juga menganjurkan festival-festival yang menarik seperti Festival Citrawarna Malaysia, Festival Layang-layang Sedunia dan sebagainya.  

Mari kita tengok festival-festival di luar 'jendela' negara yang juga memukau pandangan anda:


1. Carnival of Venice (Venesia, Itali)




Merupakan festival topeng yang berlangsung pada setiap tahun di Venesia yang berlangsung dari 15 Februari hingga 4 Mac.  Masyarakat di sana akan mengenakan kostum ala Venesia abad ke-18 dan topeng-topeng unik untuk menutupi wajah.  Dari siang hingga malam, mereka berterusan menari dan mengelilingi kota dalam tradisi karnival ini.  Sekitar 3 juta pelancong akan datang setiap tahun melihat festival yang menawan dan 'misteri' ini.


2. Alburquerque International Baloon Fiesta (Alburquerque, Amerika Syarikat)




Festival belon udara panas terbesar di dunia ini yang penuh warna-warni selalu dilakukan pada awal bulan Oktober.  Festival ini berlangsung selama 9 hari dan melibatkan sekitar 750 belon raksasa.  Bukan sahaja terdapat belon yang biasa bentuk kita lihat iaitu bulat atau bujur, malah terdapat juga belon yang pelbagai bentuk rupanya seperti jam, lebah, bunga matahari dan sebagainya.


3. Songkran Water Festival (Kota Chiangmai, Thailand)



Merupakan festival air yang bermula dari perayaan tahun baru tradisional Thailand.  Penduduk sana merayakannya pada setiap 1 April di Kota Chiangmai.  Pada festival tersebut, setiap orang termasuk juga pelancong akan saling membasahi antara satu sama lain dengan pistol air, gayung, belon air dan sebarang bentuk bekas air.  Tradisi yang telah wujud sejak berabad-abad dahulu ini dipercayai warga Thailand untuk membersihkan fikiran dan jiwa.


4. Yu Yuan Lantern Festival (Shanghai, China)




Tanglung memang menjadi dekorasi utama bagi perayaan tahun baru cina.  Di Yu Yuan Garden, Shanghai, sekitar 1.5 juta pengunjung akan datang melihat 'keindahan' malam tersebut pada setiap tahun dengan pelbagai bentuk dan warna tanglung.


5. La Tomata Festival (Valencia, Sepanyol)


Festival ini diadakan pada setiap hari rabu minggu terakhir bulan Ogos sejak tahun 1945.  Festival ini tercetus pada zaman dahulu disebabkan beberapa pemuda setempat yang menonton perlumbaan lembu di sekitar Kota Pamplona.  Semasa festival tersebut berlangsung terdapat beberapa sayuran dan tomato di sekitarnya.  Tanpa sedar mereka mengambil sayur dan tomato dan seterusnya melemparkannya antara satu sama lain.  Sejak peristiwa itu, muncullah inspirasi untuk wujudnya festival tomato ini.  


6. Festival of San Fermin (Pamplona, Sepanyol)




Festival yang diadakan pada setiap bulan Julai di Kota Pamplona, Sepanyol ini mungkin merupakan festival paling menakutkan di dunia.  Pelbagai aksi dipertontonkan dalam festival ini, dimulai dari pawai, pesta kembang api, dan diakhiri dengan aksi matodor. Antara bahagian paling terkenal dalam festival ini adalah 'encierro' atau 'running of the bull' dimana ratusan peserta akan melarikan diri dari rempuhan lembu ganas di sepanjang jalanan kota.  Festival ini adalah festival paling terkenal di Sepanyol dan menarik lebih dari sejuta pelancong domestik dan luar negara. 


7. Holi/Festival of Colour (India)




Acara ini memang layak disebut festival warna kerana ia dirayakan dengan cara saling melemparkan tepung warna-warni antara satu sama lain.  Uniknya, semasa festival ini berlangsung, kasta tidak lagi diperhitungkan.  Tidak kira mengikut pangkat atau harta dan usia, semua menikmati kemeriahan festival ini. Festival ini dirayakan pada saat bulan penuh iaitu bulan Mac.


8. Winter Light Festival (Pulau Nagashima, Japan)




Apabila kedatangan musim sejuk, Taman Botani Nabana No Sato di Pulau Nagashima di Jepun akan berubah menjadi sebuah pertunjukan cahaya jalanan yang sangat mempesonakan.  Gambar di bawah ini menunjukkan sebanyak 7 juta LED dipasang di sepanjang jalan yang menghiasi kawasan sekitarnya.  Taman ini juga merupakan salah satu pertunjukkan cahaya di musim sejuk yang terhebat di Negara Jepun.  Festival ini berlangsung dari pertengahan bulan November sehingga pertengahan bulan Mac.


9. Agitagueda Art Festival (Agueda, Portugal)



Agitagueda adalah festival seni yang terdiri daripada kraf, cara kebudayaan, pertunjukan dan konsert.  Festival ini dilakukan di Agueda dan berlangsung dari 6 Julai hingga 28 Julai.  Semasa perayaan ini, orang ramai akan menggantungkan payung yang bewarna cerah di jalan-jalan seluruh bandar.


10. Rio Carnival (Rio De Janeiro, Brazil)




Karnival Rio De Janeiro dianggap sebagai karnival terbesar di dunia dengan 2 juta orang meraikan festival ini dengan memenuhi jalan-jalan utama di ibu kota Negara Brazil.  Festival ini dipenuhi dengan perarakan penari samba dengan kostum penuh berwarna-warni dan kenderaan berhias.  Festival ini berlangsung dari bulan Februari hingga Mac.














  

02 November 2015

10 Haiwan Pelik Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat


Tahukah anda, dalam banyak haiwan di dunia ini, ada juga haiwan yang tidak terpernah fikir pun benar  atau imaginasi haiwan yang bukan-bukan sememangnya wujud!. Ya, ia sememangya ada dan realiti di muka bumi ini.  

Berikut adalah senarai 10 haiwan pelik yang mungkin anda tidak pernah lihat dan ketahuinya:


1. Blobfish



Blobfish merupakan sejenis ikan laut yang terdapat di pantai Australia dan Tasmania.  Ikan ini dikategorikan sebagai ikan terhodoh sekali di dunia kerana memiliki bentuk yang amat aneh dan menjijikkan.  

Habitatnya ialah di laut dalam pada kedalaman 800 meter yang mana pada paras sedemikian amat sukar didiami oleh kebanyakkan spesies ikan.  Hal ini kerana pada paras kedalaman tersebut tekanannya adalah tinggi, iaitu bersamaan 8 kali tahap tekanan air laut pada paras kediaman ikan biasa.  Disebabkan kehidupan blobfish  pada tahap tersebut yang telah menyebabkan bentuk badannya kelihatan hodoh.


2. Axolotl (Mexican Walking Fish)



Axolotl (Ambystoma Mexicanum) merupakan haiwan daripada spesies salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai 'Mexican Walking Fish' walaupun bukan daripada spesies ikan.  Salamander adalah amfibia dan bukannya jenis reptilia seperti cicak dan buaya seperti anggapan ramai.


3. Leafy Sea Dragon



Leafy Sea Dragon (Phycodurus eques) diberi nama berdasarkan kisah mitos China.  Ianya mirip sejenis rumpai laut yang berada pada dasar laut, bewarna hijau, oren dan emas menjadikannya mudah bersembunyi.  Hanya kelihatan siripnya yang kecil dan sepasang mata yang bergerak dapat membezakan ianya sejenis haiwan laut dan bukannya rumpai laut.  Seperti juga kuda laut, naga laut jantan membawa telur sebanyak 150-200 biji pada satu-satu masa untuk disenyawakan/dimasukkan ke dalam naga laut betina.


4. Wood-Eating Cat Fish



Ikan keli pemakan kayu.  Begitulah namanya dan merupakan satu-satunya spesies ikan keli yang terdapat di Hutan Hujan Amazon, Amerika Selatan.  Ikan ini memakan kayu-kayu reput yang tumbang di kawasan hutan tersebut.  Mempunyai gigi yang cukup tajam dan kuat membolehkan memakan kayu sebagai sumber makanannya.  


5. Anglerfish



Merupakan ikan paling seram dan menakutkan di dunia setakat ini.  Juga dikenali sebagai Monkfish dan Goosefish yang merupakan sejenis ikan dari spesies Lophiiformes, dan bersifat karnivor.  Habitatnya di Lautan Artik, Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi dan Lautan Mediterranean.


6. Cantor (Soft Shelled Turtle)



Cantor (Pelochelys Cantorii) merupakan penyu yang mempunyai cangkerang atau kulit badan yang lembut, tidak seperti kebanyakkan spesies penyu lain yang keras.  Penyu ini biasanya ditemui di darat dan juga di sungai.  Cantor boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan berat mampu mencecah sehinggga 50kg.


7. Happy Faced Spider



Labah-labah muka gembira?. Begitulah nama sejenis lelabah yang terdapat di kepulauan Hawaii.  Terkenal kerana mukanya yang sentiasa senyum dan riang, tetapi ianya bukan terletak pada muka lelabah tersebut, sebaliknya pada bahagian atas abdomennya.  Cuba lihat gambar di bawah.


8. Glass Frog



Katak bersifat lut cahaya atau transparent ini merupakan spesies katak yang hampir pupus di dunia ini.  Anda boleh melihat organ dalaman katak ini dengan jelas hanya melalui badannya sahaja tanpa melibatkan sebarang peralatan canggih.


9. Ayer-ayer



Ayer-ayer (Daubentonia gascaresis) merupakan spesies haiwan primat malam terbesar di dunia dan merupakan haiwan natif Negara Madagascar.  Habitatnya ialah di hutan hujan tropika pada paras kanopi .  Ia boleh ditemui dengan mudah pada ketingggian 700 meter daripada paras tanah.  Namun sekarang, disebabkan berlakunya pembalakan hutan yang tidak terkawal telah menjejaskan habitatnya dan seterusnya menyebabkan haiwan ini makin berkurangan disebabkan aktitiviti manusia.


10. Filipina Tarsier



Haiwan ini membesar setinggi 4-6 inci dan ekornya 2 kali panjang daripada badannya.  Sejak berjuta tahun dahulu spesies ini mudah didapati di hutan hujan tropika seluruh dunia, namun sekarang haiwan ini hanya terdapat di hutan hujan di Filipina sahaja seperti di Pulau Bohol, Leyte, Mindanao dan Samar.  Matanya tidak boleh bergerak bebas dalam soketnya, menyebabkan ia terpaksa memusingkan kepalanya 180 darjah untuk melihat sekitarnya.  Haiwan ini juga dikategorikan sebagai monyet yang paling kecil di dunia.


31 October 2015

Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Mungkin Kita Tidak Tahu


Selama ini kita guna ubat gigi hanyalah bertujuan untuk mengeluarkan kotoron dan menghindarkan bauan dari bahagian gigi dengan bantuan berus gigi sahaja.  Tetapi tahukah anda, terdapat kelebihan-kelebihan lain yang mungkin anda tidak ketahui dari ubat gigi sebenarnya.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan ubat gigi tersebut:


1. Membersihkan kotoran seperti kesan kopi, gincu, marker, darah dan                 tumpahan air manis pada pakaian anda.



2. Menghilangkan calar di permukaan CD atau DVD.



3. Membuang kesan krayon, marker atau kesan air pada perabot kayu.



4. Membuang gula-gula getah dari rambut atau pakaian.



5. Memutihkan semula bahagian getah di tepi kasut yang telah sekian lama           menjadi 'rumah' kekotoran hitam.



6. Berguna untuk menghilangkan kotoran dan kabut pada permukaan 'shield'         lampu kereta.



7. Membersih dan mengilatkan balik permukaan barangan berasaskan perak.



8. Mengembalikan kecantikan semula barangan kemas seperti cincin dan rantai.



9. Membersih dan mengilatkan juga permukaan seterika.


    
10. Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada jari dan telapak               tangan.



11. Membersihkan kekotoran pada kuku jari tangan dan kaki.



12. Menghilangkan balik kesan kekuningan di kekunci papan piano.



13. Boleh dgunakan untuk mencuci mangkuk tandas.



14. Meredakan sakit gigitan serangga dan seterusnya anda akan merasa                 nyaman dan tidak gatal.



15. Terakhir sekali, anda tidak akan merungut lagi jika adanya kesan calar pada       skrin telefon bimbit.  Hanya gunakan sahaja ubat gigi sudah memadai               mengembalikan balik mood ceria anda.








30 October 2015

Cara Untuk Mendapatkan Semula Smartphone Atau Barang Elektronik Yang Hilang/Dicuri


Info Penting Untuk Anda:






Untuk pengguna di Malaysia, anda boleh semak nombor siri atau nombor IMEI  telefon bimbit, nombor siri barang elektronik atau nombor pendaftaran kereta di www.curi.my 

Anda akan mendapat jawapan jika barang itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.

Anda juga boleh 'blacklist' nombor IMEI telefon bimbit atau nombor siri anda supaya sesiapa yang menjumpainya tidak boleh menjualnya tetapi boleh menghubungi anda.

Ini adalah servis percuma untuk semua rakyat Malaysia.

29 October 2015

Senarai Bangunan Tertinggi Di Dunia 2015

     
Bangunan tertinggi masih menjadi tarikan bandar-bandar pesat di serata dunia.  Selain daripada menjadi ikon kepada pembangunan persekitaran ia sendiri menjadi tarikan para   pelawat dan pelabur untuk terus membanjiri kawasan ini.  Berikutan kepesatan pembangunan yang semakin rancak, maka semakin banyak pula bangunan-bangunan pencakar langit ini dibina.

Berikut adalah  senarai turutan bangunan paling tinggi tahun 2015:



10. KK100




KK100 atau Kingkey 100, terletak di Jalan Timur Shennan dalam kawasan kewangan  di Bandar Shenzhen.  Kira-kira satu kilometer utara sempadan antara tanah besar China dan Hong Kong.  Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2011.

Ketinggian bangunan ini ialah 1,449 kaki (441.8 meter) dan terdapat 100 tingkat untuk ruang pejabat dan hotel.  Daripada 100 tingkat, 68 tingkat digunakan untuk ruang pejabat, 22 tingkat untuk enam bintang hotel perniagaan dan bahagian empat tingkat bangunan pencakar langit lagi  adalah taman dan beberapa restoran. 


9. Willis Tower




  

Wills Tower atau dipanggil juga  Sears Tower, dengan ketinggian 1, 451 kaki (442 meter) terletak di Chicago, Illinois.  Pada tahun 1974, bangunan pencakar langit ini adalah tertinggi di dunia sehingga mengalahkan Menara World Trade Center di New York.  Rekod ketinggian ini telah  dipegang hampir 25 tahun.  

Meskipun hak Sears berakhir pada tahun 2003, bangunan ini terus disebut sebagai Sears Towers selama beberapa tahun.  Pada tanggal 16 July 2009, secara rasminya nama bangunan ini ditukar terus menjadi Willis Tower.


8. Zifeng Tower






Zifeng Tower (Greenland Center atau Greenland Square) berketinggian 1, 480 kaki (450 meter) di Nanjing, wilayah Jiangsu, China.  Bangunan 89 tingkat ini siap pada tahun 2010 dan terdiri daripada ruang jualan runcit dan pejabat di bahagian bawah.  Tingkat atas terdiri daripada hotel, pelbagai restoran dan dek pemerhati.


Zifeng Tower direka oleh arkitek Adrian Smith dan Gordon Gill yang juga bertanggungjawab dalam pembinaan Burj Khalifa.



7. Petronas Tower





Juga dikenali umum sebagai Menara Berkembar Petronas atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.  Berketinggian 1, 483 kaki (452 meter) dan siap dibina pada tahun 1996 dan dirasmikan pembukaannya pada tahun 1999 oleh Perdana Menteri Tun. Dr Mahathir bin Mohamad.  Pada tingkat 41 dan 42 terdapat jejantas atau dipanggil juga skybridge yang menghubungkan antara 2 menara tersebut.  Jejantas ini direka untuk memastikan kukuhnya sokongan struktur menara dua menara tersebut dan juga sebagai laluan pantas ke seberang menara tanpa turun ke bawah sekali.

Menara Berkembar Petronas direka oleh arkitek Cesar Pelli, Deejay Cerico, J.C Guinto dan Dominic Saibo.  Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) menetapkan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di dunia sejak tahun 1998, namun pada tahun 2004, gelaran tersebut disandang pula oleh Taipei 101.  Walau bagaimanapun, ia masih merupakan bangunan  berkembar tertinggi di dunia sehingga sekarang.  



6. International Commerce Centre




 Pencakar langit ini dibina sejak tahun 2007 dan siap pada tahun 2010 di West Kowloon, Hong Kong. Berketinggian 1, 590 kaki (484 meter) yang mempunyai 118 tingkat.  Bangunan ini sebahagian dari projek Union Square yang dibina di atas Kowloon Station.  Pembangunan ini adalah dimiliki dan bersama-sama dibangunkan oleh MTR Corporation Limited dan Sun Hung Kai Properties.



5. Shanghai World Financial Center



Merupakan bangunan pencakar langit paling tinggi di Pudong, Shanghai, China dengan ketinggian 1, 614 kaki (492 meter).  Dibangunkan dari tahun 1997 hingga 2008.  Bangunan ini terdiri daripada pejabat, hotel, bilik persidangan, dek pemerhati dan pusat membeli-belah di tingkat bawah.  Lubang berukuran besar di puncak bangunan bukan direka sebagai seni sahaja tetapi juga berperanan untuk mengurangi rintasan dan tekanan angin sebenarnya.


4. Taipei 101





Taipei 101 juga dikenali sebagai Taipei Financial Center, adalah pencakar langit yang terletak di Distrik Xinyi, Taipei, Taiwan.  Ketinggiannya ialah 1, 667 kaki (449 meter) dan mempunyai 101 tingkat.  Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh firma KTRT Joint Venture.  Tempoh pembinaannya pula dari tahun 1999 dan seterusnya siap dibuka pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru.

Bangunan ini mengandungi pusat membeli-belah setinggi enam tingkat, kedai, restoran, pejabat dan tarikan lain seperti kelab malam.

     
3. One World Trade Center




One World Trade Center juga dikenali sebagai 1 WTC dan digelar 'Freedom Tower' merujuk kepada bangunan utama Pusat Dagangan Dunia Kompleks baru ni. Lokasinya di tapak lama kemusnahan bangunan  World Trade Center asal akibat dari serangan pengganas pada 11 September 2001.  Kemuncak ketinggiannya ialah 1, 776 kaki (541meter).  Bangunan ini dibuka kepada orang ramai pada 3 November 2014.

Pusat Dagangan Dunia baru kompleks akhirnya akan termasuk lima bangunan tinggi pejabat dibina di sepanjang Greenwich Street.  Manakala terdapat muzium memorial  terletak di selatan One World Trade Center di mana menara berkembar asal berdiri. Pembinaan bangunan baru ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengajukan dan membina semula berikutan kemusnahan World Trade Center kompleks asal.



2. Makkah Royal Clock Tower Hotel




Juga dikenali sebagai  Menara Abraj Al-Bait, ia merupakan kompleks bangunan milik kerajaan di Mekah, Arab Saudi.  Menara ini adalah sebahagian daripada Projek King Abdul Aziz Endowment yang dibina untuk memodenkan bandar dan penginapan lebih selesa kepada jemaah haji yang membuat haji.  Ketinggiannya 1, 972 kaki (601 meter)  dan siap dibina pada tahun 2012.  Pemaju dan kontraktor kompleks ini adalah dari Kumpulan Saudi Binladin, syarikat pembinaan yang terbesar negara ini.

Menara ini mempunyai muka jam terbesar di dunia dan merupakan kedua tertinggi di dunia.  Depan kompleks bangunan ini adalah masjid terbesar di dunia dan tapak Islam yang paling suci, Masjidil Haram.  Kemudahan Menara Abraj Al-Bait ialah mempunyai pusat membeli-belah lima tingkat dan garaj letak kereta yang mampu menampung lebih seribu kenderaan.  Terdapat juga kediaman rumah penduduk tetap, tapak helikopter, muzium, pusat pemerhatian lunar dan pusat persidangan.  Secara keseluruhan, sehingga 100,000 orang boleh ditempatkan di dalam menara.


1. Burj Khalifa





Inilah struktur binaan manusia tertinggi dibina di dunia pada tahun 2015 setakat ini.  Burj Khalifa (bahasa Arab untuk Menara Khalifa) atau sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai merupakan pencakar langit yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dengaan ketinggian 2, 717 kaki (828 meter).  Pembinaannya bermula pada tarikh 1 Oktober 2009, siap dibina pada tahun 2006 dan dirasmikan pada 4 Januari 2010.  Jumlah kos untuk projek Burj Khalifa adalah sekitar US$ 1, 5 bilion.

Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan hotel buah termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli -belah, dan tasik buatan manusia seluas 12 hektar (30 ekar).



     

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...